Tuesday, April 13, 2010 | By: Guess Who

Daging Unta



Alhamdulillah, baru je lepas makan daging unta masak lemak cili api dengan bacang, ni la first aku makan daging unta, rase dia macam daging lembu je, tapi agak liat... macam getah pulak.

Memang sedap... lagi2 orang tua2 yang masak...

Lauk daging unta tu kawan aku yang baru balik dari umrah bagi, dia cakap kat sane daging unta sekilo 38riyal, mahal jugak tu, lebih kurang 36 ringgit duit sini la, tapi kalau beli kat sini skilo 60 hengget!, mak dia beli 3 kilo, pastu keringkan pakai oven kat sane, dia cakap dia risau gak tak lapas mase checking kat airport, tapi alhamdulillah lepas... dapat gak aku rase sikit.

Cik Z, anti lambat online, kalau cepat ana sudah pelawa anti...huhu

Khasiat Daging Unta :

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak , benar-benar terdapat
pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu
yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-bintang ternak itu
terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian daripadanya kamu
makan."
(Surah al Mu'minun ayat 21)

Jika diamati ayat al Quran ini, sememangnya terlalu dalam makna tersirat
akan kebaikan makhluk bernama UNTA.

Selain diguna sebagai alat pengangkutan, unta mempunyai pelbagai kegunaan.
Menurut beberapa fakta, unta mempunyai sejuta kelebihan dari hujung
kepalanya hinggalah ke kuku kakinya. Bahkan ada pendapat lama mengatakan
kencingnya juga elok dijadikan penawar.

Hati unta misalnya dikatakan elok untuk mengubati penyakit lelah, semput
mahupun Asma. Ia juga dikatakan boleh menghitam dan melebatkan rambut
manakala dagingnya sesuai untuk memanaskan badan dan menghindarkan letih
dan lenguh.

Lemak yang terdapat pada bonggol unta juga mujarab dijadikan ubat sapu atau minyak urut.

Apa yang menarik tiada seekor lalat pun menghinggapi daging unta jika dibiarkan sebaliknya daging-daging itu dihurung oleh tebuan. Ini bermakna daging unta bukanlah
seperti daging kambing yang hamis dan tinggi kolestrol. Sebaliknya daging
unta lebih manis, berlemak dan tiada kolestrol.

Selain itu daging unta mampu menyembuh penyakit
lelah. Berbeza dengan daging, hati unta lebih berkhasiat dibuat sup.
Walaupun rasanya sedikit payau namun ia tetap manis berlemak, jika dibekukan lama, ia tidak menjejaskan rasa daging tersebut.

Di negara-negara Arab dan Australia sendiri, kegunaan susu unta turut
dipelbagaikan. Selain diminum segar, ia juga dijadikan keju, mentega dan
yougurt. Malah di Australia daging unta juga diproses menjadi makanan
segera seperti burger.

Di negara-negara seperti Afrika dan Timur Tengah, susu unta turut dijadikan
manisan. Ianya dicampur dengan gula, kekacang dan buahan kering. Setelah
dimasakan hingga likat adunan susu unta ini kemudiannya dibentuk menjadi
bebola. Resipi ini kekal menjadi kegemaran masyarakat di sana.

Disamping itu juga, susu unta mempercepatkan penyembuhan luka.

0 comments: