Selepas sahaja expo di seri menanti aku rest untuk 1 minggu lebih, dan start from last friday aku mula berexpo di Port Dickson, ni pun hanya sewa suku dari tapak abang saudara aku, expo ni 6 bulan tapi aku hanya masuk insyaallah sampai hujung tahun.
Agak letih sebab aku seorang je yang jaga, cuaca di sini pun agak panas dan kalau sejuk terlampau plak, sale kurang memuaskan sebab kerajaan belum gaji lagi, insyaallah school holiday nanti kencang la.
Sama seperti di seri menanti ramai yang hanya ambil phone number sebab belum ada duit nak beli barang2 yang aku jual, insyaallah ujung bulan ni masyuk la sebab ekonomi aku sekarang ni dah ketara sangat dah.
Sesapa yang baca blog ni doa2kan lah aku berjaya dan kalau aku berjaya nanti doakan aku agar tidak terpesong pula.





0 comments:
Post a Comment