CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

4Life Transfer Factor, Menaikkan Imun Sistem Anda Sebanyak 437%!!! untuk keterangan lanjut sila klik pada gambar

Friday, November 20, 2009

Tema Perkahwinan


Banyak kali aku terfikir tema perkahwinan aku nanti... tapi adakah ia akan menjadi kenyataan?

Pape pon bace dulu ape yang aku idamkan dihari perkahwinan aku nanti...

Kalau boleh hari yang bahagia tu aku nak buat kat KLCC, bukan Twin Tower yerk... tapi kat Kuala Lumpur Convention Centre, tu pun kalau ade budget la, kalau tak cukup budget aku nak buat kat umah or dewan2 berhampiran umah jer.... tapi temanye tetap..."Kerjaya Anda".

Mesti pelik dengar tema ni kan? tak penah dibuat orang... tapi tu la yang ku idamkan sejak dari dulu lagi, kerjaya anda yang aku maksudkan ialah... sesape yang datang hari perkahwinan aku nanti mesti pakai ape yang dia pakai mase keje, mean kalau dia Doktor kene la pakai Suit doktor, kalau Askar kene pakai baju askar... tak kisah la baju istiadat ke ape... tapi kene pakai gak baju keje, kalau tak nak pakai, tak payah datang.... hehe, kalau suri rumah plak... pakai baju biase pakai la baju yang dia pakai selalu kat umah, mase masak lauk tu... baju kedah ke baju rama2 ke, kalau Cikgu mesti bawak rotan... sebab cikgu pakai baju biase je, yang lelaki pakai suar slack, yang pompuan pakai baju kurung... so untuk bezakan dengan kerja2 yang lain yang tak pakai uniform, cikgu2 kene la bawak ROTAN sekali yerk..., kalau keje majlis bandaraya plak (kalau tukang angkat sampah) pakai gak baju yang dia pakai mase angkat sampah tu... tapi yang da cuci la... tak nak ar busuk2... lari plak tetamu yang lain... hehe.

Hari perkahwinan tu aku tak nak bersanding, mean masuk je dewan aku terus gi kat meja santapan, ala2 perkahwinan anak2 raja gitu.

Tetamu VVIP yang aku nak jemput, Tok Guru Nik Aziz, Tuan Guru Haron Din, Tuan Guru Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim, DS Dr Wan Azizah, Tan Sri Khalid, YAB Guan Eng, YB Kit Siang, YB Karpal Sing, Tengku Razaliegh Hamzah, Tan Sri Isa dan YB2 kawasan2 umah aku ngan rumah isteri aku.

Haha... macam la diorang nak datang kan..., aku bukannye anak VIP pon, just ahli biase je, tapi aku akan cube Undang VVIP2 tu gak.

Bakal isteri? entah la... tak taw la sape yang nak kawin ngan aku ni...., tapi mintak2 la angan2 aku ni jadi kenyataan nanti..


Saturday, November 14, 2009

Kisah Rakan


Minggu lepas rakan aku ni cakap yang kakak dia suruh dia bawa mak dan ayah dia pergi mengerjakan umrah bulan Mac depan, ditanggung sepenunya oleh kakaknya, tapi aku yang terkilan sebab dia tak nak pergi, sebab dia takut disana nanti dia akan diuji dengan ujian besar.

Aku cakap kat dia, kalau nak kena tu kat malaysia pon boleh kena, mana lah tau kat sana nanti dia akan berubah, kalau akulah yang diberi peluang macam tu, takkan aku lepaskan, kalau boleh aku nak percepatkan lagi tarikh tu.

Insyallah aku akan cuba pujuk dia lagi pergi kesana, aku jiga nak dia doakan aku disana nanti, aku nak berubah dari segi kewangan dan juga diri aku, aku tak nak lagi buat dosa.


Monday, November 09, 2009

Dari Expo Ke Expo


Selepas sahaja expo di seri menanti aku rest untuk 1 minggu lebih, dan start from last friday aku mula berexpo di Port Dickson, ni pun hanya sewa suku dari tapak abang saudara aku, expo ni 6 bulan tapi aku hanya masuk insyaallah sampai hujung tahun.

Agak letih sebab aku seorang je yang jaga, cuaca di sini pun agak panas dan kalau sejuk terlampau plak, sale kurang memuaskan sebab kerajaan belum gaji lagi, insyaallah school holiday nanti kencang la.

Sama seperti di seri menanti ramai yang hanya ambil phone number sebab belum ada duit nak beli barang2 yang aku jual, insyaallah ujung bulan ni masyuk la sebab ekonomi aku sekarang ni dah ketara sangat dah.

Sesapa yang baca blog ni doa2kan lah aku berjaya dan kalau aku berjaya nanti doakan aku agar tidak terpesong pula.


Thursday, October 29, 2009

Dah Lama Tak Update


Expo di seri menanti baru je habis tadi, agak keletihan...
hari pertabalan hari tu banyak juga perubahan jadual aku, aku hanya sempat jumpa dengan Dato Rama sahaja.

Tadi aku sempat juga bertemu dengan Tunku Ali Redhauddin dan juga Tunku Zain Al'Abidin di tapak expo, baginda berdua mencemar duli ke tapak expo hanya dengan asalah seorang Dato yang 99, baginda berdua melawat semua booth2 di expo tadi dengan memakai baju melayu ala2 raja2 melayu zaman dahulu kala,sebelum aku berjumpa dengan Tunku Ali, ada yang mengatakan Tunku Ali sombong, tapi apa yang aku lihat sebaliknya... kalau baginda sombong, baginda tak nak mencemar duli ke tapak expo yang berserabut tu.

Petang ni aku akan ke Selangor, ada urusan kerja yang tertangguh... tapi aku balik ke rumah mak semula malam ni juga.


Wednesday, October 21, 2009

24jam Yang Tidak Mencukupi Buatku


Sejak dari 16 hari bulan aku tiada rehat yang cukup, 16okt ke seremban, 17 ke sekinchan dan ampang, 18 ke seremban, 19 ke ampang dan pergi semula ke seremban pada 1 pagi, 20 ke ampang semula, 21 petang semula ke seremban.

Belum pun sempat panas tempat duduk atau tempat tidur, aku mula dipanggil ke sana da kemari, robot sekali pun perlu dicharge semula battery nye... tapi demi 'masa depanku' aku, aku lakukannya dengan tabah.

Pada 25okt aku ada training di seremban.

26okt, selepas istiadat pertabalan Tuanku Mukriz, aku ada perjumpaan dengan Dato Ramalingham, Tengku Ismail dan mungkin dengan Tan Sri Isa, hopefully salah sorang daripada orang 'basar2' ni berminat dengan paperwork yang aku akan submit nanti.


Tuesday, October 13, 2009

Masaalah Dalam Masaalah

Blog masih lagi bermasaalah... tapi yang peliknya guna firefox je tak boleh nak update ape2... ni sekarang guna google chrome.


Start dari malam 3 oktober facebook aku bermasaalah... tak boleh nak log in... admin just bagi tau yang site aku under maintenence... pelik gak aku coz orang lain ok je, harini baru la boleh log in, terlepas peluang berjumpa dengan Tan Sri Isa, sebab on 4th dia bagi masej jumpa di bagan pinang... aku pulak masa tu memang turun padang kat sana 2 hari berturut2... tapi aku terlupa nak online sebab tak bawak laptop, nak ke CC malas pulak.


Kalau sempat la jumpe Tan Sri pendek tu... dapat gak la aku kikis dia 4-5ribu...haha... berangan je labih... silap2 kalau jumpa 1sen pun tak dapat.


17-18Okt saya akan berada di Bentong, untuk mengahadiri kenduri doa selamat buat nenek dan atuk saudara yang akan berlepas mengerjakan haji pada 26oct ini.


18okt terus ke Seri Menanti untuk expo pertabalan Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir.


25-26okt ke Istana Besar Seri Menanti bersama2 saudara kepada Tuanku Ampuan Aishah Rohani.


Haha... tetibe lak baik ati nak bagi semua jadualkan...takpe la...sekali-skala


Tuesday, October 06, 2009

Kesan Kenaikkan Harga Rokok




Haha... saje je buat tajuk macam tu... actually aku dah lame gulung rokok sendiri... jangan salah anggap k... bukan ganja tapi tembakau k, tapi rokok yang aku gulung ala2 moden sikit la, sebab yang mahalnya Stopfgerat Classic tu... harganya RM17.90, untuk permulaan nak hisap rokok gulung sendiri ni mahal sikit la dalam RM41.00 sebab nak kena beli lak bekas rokok yang dah siap gulung tu yang berharga RM7.00 di 7E.

Aku start hisap rokok gulung ni pun atas sebab harga rokok biasa gak... ye la sekotak Mascotte Classic hanya RM4.90 ada 100 batang, harga tembakau 40gram RM10.50-17.00, tembakau tu boleh guna untuk 80-85 batang rokok, so dari situ aku dah berjimat RM15.34, sebab sebelum ni aku hisap Winston Light 20 RM7.50 dari situ la aku kira penjimatan yang aku... haha.




Pada sesiapa yang nak mengikut jejak langkah aku, ni ada tips sikit aku nak bagi... untuk yang suka rokok yang agak keras boleh cuba Harvest (RM11.70) tak kisah la perisa apa, tapi aku hanya hisap Vanilla sebab bau yang lain aku pening kepala, kalau nak yang light sikit boleh cuba Domingo (RM11.00), nak yang lebih extra light boleh cuba Taste (RM10.50), skrg aku guna Taste sebab extra light... so ok la sebab aku bukannya kuat hisap rokok pun.

Ok selamat mencuba...


Sunday, October 04, 2009

Masej Dari Tan Sri Isa Samad Dalam Facebook


Walaupun aku tidak suka akan Tan Sri tapi kerna dia rakan arwah abah(ketua UMNO bahagian seremban) aku layan je la, dia mengucapkan salam buat ibu aku, leh mintak projek ni... haha


Saturday, October 03, 2009

Bercuti 4 Hari Dirumah Mak

Banyak juga undangan ruma terbuka yang aku terima, ada juga yang aku tak dapat pergi, hanya 2 orang sahaja kawan aku yang datang ke rumah aku... agak sedih disitu, hari kedua bercuti aku pergi ke klinik kesihatan yang jaraknya hanya 300meter dari rumah mak, tujuannya untuk tampal gigi aku yang dah berlubang nih.



Mashita Binti Veera, nama pompuan dalam gambar nih.

Tau je la orang keje kerajaan... lagi2 kat klinik kesihatan, staff2nya semua macam BABI... pemalas nak mampus..., pompuan sial ni maki sorang pakcik atas sebab tak tahu nak letak mana IC dengan nombor giliran dia, tak ke bodoh namanya MAMAK keling nih!! orang tak tau... ajar la... ni sesedap mulut hanjing dia je nak maki2 orang... lepas pakcik tu ade sorang akak yang umurnya dalam lingkungan 40an, aku rasa akak tu umurnya lebih dari mamak 'TAYANG MUKA' nih, nasib baik aku tak kena... kalau aku la yang kena salak... aku lempang je mamak babi tu.

Orang kat klinik gigi ni bukannya ramai, kerja dia pun bukanya banyak... hanya update buku yang dia sedang tulis tu je... yang lain makan gaji buta je, dia tak sedar ke yang gaji dia dapat tu dari semua rakyat malaysia, kire same mcm pengemis la... tapi mulia sikit je... sebab dia tak perlu nak duduk tepi jalan pegang tin or bekas.

Kepada semua rakyat malaysia yang keje KERAJAAN, sedar la diri tu sikit... jangan pemalas macam BABI, gaji yang korang dapat tu memang duit kerajaan, tapi korang kena fikir mana datangnya duit kerajaan kalau bukan dari cukai, slogan "BUDI BAHASA BUDAYA KITA" memang tak sesuai untuk orang2 yang keje kerajaan, sebab semuanya mulut macam HANJING, asyik nak menyalak tak kena tempat, aku pergi JPN, aku pergi JPJ, aku pergi TNB, aku pergi TELEKOM, aku pergi balai Polis, aku pergi BSN... semua tempat2 ni sama je macam masuk kandang anjing, asyik dengar ORANG MENYALAK!!!

*artikel ni bukan bermaksud perkauman, tapi memang khas buat anggota2 kerajaan dari semua sektor, tak kira la melayu ke cina ke india ke... semua macam sial!!

Tuesday, September 22, 2009

1 Syawal




Aku tak tidur langsung sejak dari malam 1 syawal kerna nak beli selipar kat bazar malam terakhir.

Di pagi syawal aku menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid berdekatan rumah mak..., balik dari masjid kami sekeluarga bersalam2man dengan seluruh ahli keluarga... tahun ini aku agak beruntung kerna duit raya yang aku beri kepada anak2 buah aku 11 orang tu siap ada profit lagi... haha... bukan ape... akak aku yang no2 bagi duit raya rm110 bestnye la... lepas bersalam2nya, bermulalah sesi perniagaan... haha untung jugak raya nih... dapat gak la dalam rm200 hasil dari julalan barang2 kepada adik beradik aku ngan makcik2 aku...

Dalam pukul 3 lebih baru kami gerak ke kampung untuk pergi ke kubur abah, wan dengan atuk aku, sampai di kubur hanya keluarga kami je yang ada kat sana, dah petang kan... orang lain lawat kubur pagi... kami lawat petang... tapi alhamdulillah cuaca tidak begitu panas... so dapat la aku sedekahkan al fatihah dan surah2 yang patut dibaca untuk setiap kubur...

Raya tahun ni aku hanya pergi ke rumah makcik aku isteri kepada arwah pak cik usop je... yang lain tak pergi pun sebab mak aku tak nak... rumah makcik aku sorang lagi belakang rumah sedara aku yang mak aku sakit hati... so tak pergi la... kalau pergi karang nak kena singgah rumah di gak sebab nak masuk rumah mak cik aku tu kena lalu rumah dia.

Sampai rumah mak dah dekat pukul 8 malam... pukul 9 lebih gerak semula ke rumah akak aku... tapi kereta pulak rosak kat highway pukul 11 malam... dugaan2... kesan aku tengok anak2 buah aku menangis kepanasan dalam kereta... akhirnya bibik ngan akak aku bawak semua keluar... anak buah aku yang 9 bulan tu tertidur dalam kendongan bibik dia... abang ipar aku call member dia mintak tolong ambil kitorang... pukul 2 pagi.

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Lagi 2 hari saja lagi umat islam akan megerjakan ibadah puasa, ari ahad dah nak raya... semakin sayu rasa hati hendak meninggalkan bulan yang mulia ini... puasa tak cukup, terawih 2x5... ibadah apetah lagi.

Ku harapkan ramadhan ini penuh makna tapi impian tidak kesampaian.

Nasihatku dari diriku yang tidak berguna ini kepada sesiapa yang terjumpa blog ini:

"Jagalah kedua ibu dan bapa kamu selagi mereka ada di depan mata kamu,
jagalah mereka selagi kamu dapat berbuka puasa bersama mereka,
jagalah mereka selagi kamu dapat bermanja dengan mereka,
jagalah mereka selagi kamu dapat bermaaf-maafan dengan mereka di hari raya,
jagalah mereka hingga nafas mereka yang terakhir,
kerna perginya mereka tidak akan kembali!"

'Jangan Jadi Seperti Aku'

Tuesday, September 15, 2009

Mimpi


Mimpi selalunya dikatakan mainan tidur tetapi bagi aku bukan semua mimpi adalah mainan tidur.

Aku pernah mengalami mimpi yang menjadi kenyataan, mimpi2 ini kesannya pada negara dan juga pada diri aku.

1. Mimpi yang aku alami semasa aku berumur belasan tahun, aku bermimpi aku berada di sebuah kebun cili, tapi yang peliknya semua buah cili tu semua kering dipokok2 tersebut, keesokkan harinya aku menceritakan mimpi tersebut pada mak aku tapi mak aku cakap 'mainan tidur je tu'.

2-3 tahun selepas aku mengalami mimpi tersebut aku terlihat satu artikel dalam sebuah akhbar, MARDI telah berjaya menghasilkan benih cili yang kering dipokok, aku beritahu mak tentang berita itu, tapi mak hanya berdiam diri.

2. Aku bermimpi pada bulan 6-7 dimana Datuk Shahrir Samad mengadakan 'PC' menaikkan RM0.20 harga minyak, sekarang minyak sudah naik tetapi dia keluarkan minyak RON95 dengan harga yang sama iaitu RM1.80 seliter, menteri yang bertanggung jawab pula bukan seperti dalam mimpi aku.
 

3. Aku penah mimpi yang gigi aku tercabut, dalam pada beberapa bulan arwah nenek aku yang baru pulang dari mengerjakan haji pergi meninggalkan kami.


4. Semasa aku belasan tahun aku juga pernah bermimpi tentang arwah ayah aku, arwah abah balik kerumah dengan keadaan yang teruk! abah balik tapi aku terfikir, aku macam pernah lihat lelaki ini tetapi dia hitam! abah tidak berkata apa2, aku terus pergi ke dapur, semasa itu mak sedang buat kuih, aku cakap kat mak yang ada keling datang, mak aku kata keling mana pulak?? mimpi aku terhenti disitu... bagun dari tidur terus aku beritahu mak akan mimpi itu... mak terus cakap.. mungkin abah dalam kesusahan 'disana', mak terus marah aku, mak cakap... kau jangan tinggalkan solat... selalu dokan abah kau... mungkin sebab tu semua abah susah, sampai sekarang aku tak pernah lagi bermimpi abah lagi... adakah abah senang di sana?? aku selalu berdoa agar Allah tunjukkan keadaan abah aku disana.


5. Inilah mimpi terbaru aku

Menyebut tentang mimpi, aku agak pelik kerna sahabat aku yang aku kenal sejak akhir 2004 selalu mimpi tentang aku, mimpi2 yang dia alami semuanya betul! adakah ini yang dinamakan jodoh? wallahu a'lam

Friday, September 11, 2009

Berita Yang Membuatkan Jantung Aku Terhenti Sejenak


"Dua Pegawai TUDM Terbunuh Pesawat Ringan Terhempas Di Langkawi"

Tajuk entry yang aku baca dari blog Yb Dr Khalil Idham Lim

Jantung aku mula berdenyut semula bila aku baca nama kedua2 arwah "Mejar" tersebut... alhamdulillah bukan abang aku... Takziah aku ucapkan buat keluarga arwah Mejar Mohd Rozaini dan juga keluarga arwah Mejar Mohd Zulkifli.

Al Fatihah